Monday, February 2, 2015

Holiday di Pulau Tioman

                               Indahnya Pulau Tioman

Percutian selamat 3H2M.........

Semalam tidur di bandar mersing .................

Keesokan harinya...menanti feri pada pukul 3 petang.......


                                              Akhirnya sampai ke destinasi penginapan
                                         
                                                                  Panuba Inn resort
                                                              
 Harga yang ditawarkan berpatutan....
pelbagai pakej di tawarkan..............

Tempat penginapan yang selesa,sesuai dengan harga, suasana yang tenang seperti saya pencinta laut....
kawasan ini hanya 1 chalet ni saja yang ada...jadi tak perlu nak bersesak dengan ramai orang..........tak perlu risau....

                                                       Waktu senja yang mendamaikan


                                           Juga menyediakan Dive Centre bagi mereka yang gemarkan
                                           aktiviti menyelam......dikendalikan oleh Orang Puteh

                                                    Pakej Snorkeling yang ditawarkan juga amat menarik...
                                                       pakej ini melawat 4 tempat snorkeling........................

                                              Air yang jernih, coral menarik, pelbagai jenis ikan


                                             Pelbagai makanan di sediakan.................




Saya pasti akan kesini lagi...................



Friday, April 29, 2011

Sabah

                                                              RaNau,,,,SaBah

Sinaran mentari Pada Waktu Pagi....mengamit seribu ketenangan dan kedamaian Ciptaan TUHAN...
Sekirangnya anda berminat untuk bercuti ke Sabah ini adalah salah satu destinasi yg boleh dikunjungi....Ranau........udara yang segar kurang pencemaran........sejuk...........


                                                                 AiR PaNas Poring

Antara salah satu tempat yang boleh anda lawati semasa berada di Ranau.......
Anda bukan sahaja berpeluang untuk melihat keindahan alam semulajadi malah dapat mengeratkan hubungan keluarga........anda juga boleh membuat pilihan untuk menginap samaada di penginapan yg agak mewah di Poring Hot Spring,,,,,,atau penginapan bajet yg selasa di pekan Ranau.....

                                                               PoriNg CaNopy Walkway
Antara Aktiviti yg boleh dilakukan di sini...bagi mereka yg gemar menguji ketahanan fizikal bolehlah mencuba Poring Canopy Walkway dan sebelum anda sampai ke Canopy tersebut anda perlu mendaki dan gunalah pakaian yang sesuai .....bagi kanak-kanak anda tidak perlu risau kerana mereka boleh bermandi-mandi sepuas hati...kolam juga disediakan samaada kolam mandi biasa atau kolam air panas......atau boleh saja melawat taman rama-rama atau taman herba.............jommmmmmmmmmmmm....Rugi sekiranya tidak ke sini...................



                                                          Kundasang War Memorial


Sekiranya anda bercuti agak lama bolehlah meneruskan sedikit perjalanan ke Kundasang........singgah sebentar di Kundasang War Memorial..........semuanya mengamit memori anda.........

Thursday, February 3, 2011

Maxwell Hill, Taiping Perak

Cendana Hut, Maxwell Hill, Taiping Perak
Cendana Hut antara penginapan yang menjadi pilihan para pengunjung dengan mengenakan kadar terendah sebanyak RM80.00  sahaja. Anda pasti mengalami pengalaman yang menyeronokkan terutama kepada mereka yang mengimpikan suasana alam semulajadi.

Pemandangan Pada waktu Senja
Suasana ini dapat dirasai di pucak bukit larut, sungguh mendamaikan tanpa sebarang ganguan dan hanya di temani unggas rimba dan flora yang sungguh cantik. Sungguh menakjubkan.

SeJuk
Suasana Amat sejuk menjelang petang hingga ke malam..pastikan anda membawa pakaian sejuk untuk keselesaan percutian anda. Saya juga mencadangkan kepada pengunjung agar yang gemar untuk berjoging boleh membawa pakaian yang bersesuaian.
Cendana Cafe

Cendana Cafe, tidak perlu risau tentang makanan  Cendana Cafe sedia menerima tempahan pada setiap masa bermula dari sarapan pagi hingga makan malam anda, harga juga amat berpatutan, jadi tidak perlu risau!!!!!!!!!

DaMai, TeNang, HiJau
Percutian ini sebenarnya memberi 1001 macam perasaan yang tidak mampu untuk digambarkan hanya pada gambar, namun ia akan dapat dirasai kalau kita ke tempat tersebut. Maxwell Hill adalah tempat untuk mencari kedamaian, ingin lari dari kesibukan kota atau bebas dari sebarang pencemaran terutamanya pencemaran udara dan bunyi..Rugi sekiranya anda tidak mahu merasainya........................................






Welcome

Hi.. selamat datangt ke jurnal online saya bertemakan tentang pengalaman percutian saya (^__^)/

Sunday, August 1, 2010

AiR PaPaN,MeRsing

                                         
                                              AIR PAPAN, MERSING, JOHOR
   
Pemandangan Waktu Senja

PeMandangan yang menarik menanti anda apabila berkunjung ke Air Papan, Mersing. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam menaiki bas dari Hentian Bas Bukit Jalil ke Mersing, sampai di mersing anda boleh menaiki teksi dengan mudah.

Damai, tenang, nyaman
Kepada pengemar laut ia amat sesuai untuk mencari ketenangan, menjanjikan air laut yang bersih,tanpa pencemaran. Sekiranya anda memperuntukkan cuti yang agak panjang, apa salahnya anda berkunjung ke Pulau Tioman dengan menaiki feri yang disediakan semasa anda sampai di Hentian bas Mersing....



CHALET

Para pengunjung juga tidak perlu bimbang tentang penginapan, ini kerana terdapat chalet-chalet yang menawarkan harga. berpatutan........
selain itu, anda semua tidak perlu risau kerana terdapat juga gerai-gerai makan, kedai runcit, malah kepada mereka yang gemar untuk menyanyi juga terdapat chalet yang menyediakan tempat untuk berkaraok....